 |
Monday, February 16, 2009
Posted at 2/16/2009 2:35:51 pm by Mgt_Ridhwan
Monday, November 19, 2007
today i'm going to start my 'AKU JANJI'...huhu...something weird happened to me...tetiba ja aku nih nk jadi rjin...haha..tp aku x buat lg jadual...x pa, satgi aku buat...ngeeheee~ minggu depan nk gi tgk rumah baru kat selangor plak...myabe boring kot kalau pi sana coz rumah kat sana still kosong...huhu~so, kenalah cari benda yg best skit nk buat kat sana...i've asked my dad belikan aku mp3...n then he said ok...waah..legaa...at last...mmg dah lama aku mengdam mp3 nih, cuma x dak duit nk beli...but then, my dad nak belikan kat aku...haha, jimat duit aku...:)
Posted at 11/19/2007 11:55:28 am by Mgt_Ridhwan
Sunday, November 18, 2007
yesss...cuti lagi!!!hampir sthun menderita kat skolah, mcm dok kat prison o0o....at last cuti gak..tp pikir blk cam x best larr plak cuti kali nih..yup, taun depan dah nak spm...time minggu last kat skolah mmg abg2 kat asrma merungut susah spm...saiko gilerz..so, kena larr aku struggle taun nih...tp malas tul nk studi..x tau nk start cam mana...hurm~dahlarr tension nk spm...tetiba plak ada 1 lg benda yg buat aku tension gilerz...that 'AkU JAnjI'..waarghhh!!!semua form 4 kena buat...ada yg dah start dah..tp aku x start lg....hahaha..mmg malas tul aku nih...muahaha...
Posted at 11/18/2007 5:39:47 pm by Mgt_Ridhwan
Wednesday, March 28, 2007
Assalamualaikum...
wah, dah lama x update blog nih...mmg dah lama cadang nk update blog nih, tp ntahlah kanaper selalu terlupa...hurm~
skrang sibuk sgtlah kat skolah, mcm2 program nk buat kat skool nih..smpai x sempat nk studi...taun depan nk kena ambil SPM dah...takut gilerz...
kdg2 tu, kalau nk study blk bukannya senang nk paham...alamak, mc mn nih???!!!
HELP ME!!!!
Posted at 3/28/2007 4:33:59 pm by Mgt_Ridhwan
Tuesday, October 17, 2006
warghhh!!!!
akhirnya.... habis gak pmr.... fuh... rasa lega la skit... selalu kena study... tp laa nih dah bebas.... ooopppsss.... dlm dok tgh syok nih, ada gak rasa takut,... tp x palah... periksa dah buat dah.... harap2 dpt lah 8A's.... raya pun nak dekat dah...tp yg x best tuh sbb kena pi skool balik lepas raya..... kui..kui..kui... anyway nak ucapkan slamat ari raya aidilfitri.... mai arrr rumah hari raya nih.... ok...buhbyee....
Posted at 10/17/2006 12:53:04 pm by Mgt_Ridhwan
Saturday, March 11, 2006
MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna
Posted at 3/11/2006 10:15:04 pm by Mgt_Ridhwan
Saturday, January 28, 2006
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
"SUMPAH PENDEKAR : BIAR PUTIH TULANG ASAL JANGAN PUTIH MATA ..."
Posted at 1/28/2006 12:13:37 pm by Mgt_Ridhwan
Wednesday, December 21, 2005
Nak share tentang KEKASIH aku ? ( aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA ) Penyayang sifatnya.
Betul ni, tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA, sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA direct!!! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace je, for surelah, kekasih kan? 
Ish, beruntung betul dapat kekasih macam ni tak pernah nak sakitkan hati aku.Bila-bila masa je aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul betul rasa DIA tu dekat kat hati ini! Ye laa, cinta punya pasal kan? 
DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam lah aku dapat. Tak kiralah, material ke spiritual ke emm memang kekasih sejati lah tu! 
Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada kat dalam tu, siap bagi example lagi nak bagi aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller lah masa tu. Ye laa, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je. 
Tapi, kekasih aku yang ni,lain, DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang frust tu. Siap bagi semangat lagi, DIA tak de jeolus pun. Cuma aku je yang jeolus ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul 
Kata orang putih.. what you give, you get backso, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect. Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam area pukul 3 4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, sure aku akan contact DIA. Rindulah!!! 
Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya billionaire millionaire dan ntah apa-apa naire lagi.. Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support caya tak? Free of charge tapi aku tak sedap hati la.. mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke, tak suka ke, amik aje la pastu pandai-pandailah membalas budi. Itu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja cheewah! 
DIA suruh aku belajar bersungguh-sungguh, kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ini memang bijak+cerdik+genius+ etc 
DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagipun, belum bersedia la tapi KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nanti mesti jumpa. Sekarang menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takut! Aku mesti prepare awal-awal. 
Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that,
DIA tambah-tambah sayang la kat aku kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa-sapa yang dia sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!!! Ish! Rindu sangat-sangat dah ni!!!!!!! 
KEKASIHKU AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI. WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA SUCI INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA ITULAH KEKASIHKU ALLAH S.W.T CINTA TERAGUNGKU..........
Posted at 12/21/2005 11:46:07 am by Mgt_Ridhwan
Saturday, December 10, 2005
celebrate birthday party...
Pergh… seminggu lg skool nak start… rasa mcm baru seminggu jer cuti… never mind, lgpun aku dah lama x jumpa kengkawan aku… mungkin kengkwan aku skrg dah berubah wajah, mana tahu… kui..kui..kui…
Erm, last night my parent took us (aku ngan adik2 aku) gi celebrate birthday kat sebuah restoran… walla., syok giler makan mlm semalam, bulih naik gemuk aku kalau tiap2 hari cam nih… adik aku yg pertama birthday dia is on 7th disember… coz kitaorg x celebrate lg, so my dad took us there… anyway thanks to my dad coz belanja kami makan makanan yg sdap2 semalam… kitaorg balik rumah lebih kurang pukul 12 mlm…
Hari nih mengantuk sgt, tp aku ada tuisyen, terasa berat jer badan nak melangkah kuar bilik… ngantuk giler… nasib baik kat tusyen hari nih boleh paham gak apa yg cikgu aku ajar… hopefully x ngantuk cam nih lg lah….
Posted at 12/10/2005 4:38:21 pm by Mgt_Ridhwan
Saturday, December 03, 2005
today is my first day I went to tuisyen... few... banyak gak yg aku lupa ttg subjek math nih...
so, kenalah study balik... nih baru math, x masuk sains lg...wow... rasanya teruk lah gak...
hmm... i visited blog kwn aku... aku tgk mrk nih x update pun blog depa.. sorang dua tuh adalah...
weih, aku ada problem skit arr...kwn aku sorang tuh x tau apa dah jd kat dier... nak kata aku sakitkan hati dier... x dak pun waktu cuti nih...tp..ntahlah mcm mana boleh jadik mcm nih... nak tau apa msalahnyer??? ok... dier nih dulu slalu gak chat ngan aku dlm ym... tp... tiba2 aje dier apear invisible kat aku sorang jer... dekat org lain, apear online...rasa pelik x?? mcm dia nih nak jauhkan diri drpd aku jer... tp apa salah aku ngn dia???erm... dia mesti baca punya apa yg aku tulis nih.. harap2 dia sedar arr... aku nak bg peasanan kat dier nih kalau ada problem ngan aku, terussss terang jerlah ngan aku... bukannya aku nak marah...
aku terpaksa gak tulis nih sbb sbg seorang kwn, aku x mau dia nih putus hubungan kwn ngan aku.. aku tau lah dia guna handset tiap2 kali online... tp, aku hairan??? kenapa dia appear invisible kat aku sedangkan org lain dia appear online???kalau dia appear online pun, apa masalahnya??? dia nih buat aku x tido lelap... mmg arr, aku dah lama kwn ngan dier, dah tau perangai dier, semuanya aku dah siasat ttg dier nih(huh, mcm detektif plak)... tiba2 dia buat cam nih kat akuh.. sedih ooo...aku xkisah korang nak chat ngan aku ker x... sbb kalau korang chat ngan aku pun, x ada topik nak bincangkan, tp jgnlah apear offline kat aku sorang jer, kalau kat semua org x pe lah jugak...erm....x BLEH TIDO NIH..... harap2 dia fikir masak2....
Saturday, 1.15a.m,
mood:>kurang baik...
Posted at 12/3/2005 10:52:31 pm by Mgt_Ridhwan
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|